Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

12 permohonan ATR diluluskan tahun ini - MAVCOM

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 12 Oktober - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah meluluskan 12 permohonan Hak Trafik Udara (ATR), mewakili 100 peratus permohonan yang diterima bagi suku ketiga 2020.

MAVCOM melalui satu kenyataan media memaklumkan, ia merangkumi peruntukan untuk sektor penerbangan awam Malaysia bagi tempoh 1 Julai hingga 30 September 2020. 

Permohonan itu mencatat pengurangan 55.6 peratus berbanding separuh pertama tahun 2020.

Bilangan itu juga berkurang 66.7 peratus dari tempoh sama tahun 2019, disebabkan penularan pandemik COVID-19.

Daripada 12 peruntukan itu, tujuh daripadanya destinasi domestik sementara lima lagi merupakan destinasi antarabangsa seperti Jepun, Hong Kong dan destinasi ASEAN.

Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah menerima jumlah kelulusan yang tertinggi iaitu tujuh ATR.

Raya Airways menerima tiga ATR manakala AirAsia Berhad dan Fly Firefly Sdn. Bhd. masing-masing menerima satu kelulusan untuk ATR.