Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dinobat antara 10 lapangan terbang terbaik dunia

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 11 Oktober - Kempen Penyelesaian Cepat yang dikenali sebagai "#1Improvement 1Week" menjadi antara faktor utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) dinobat antara 10 lapangan terbang terbaik dunia bagi separuh pertama 2020.

Kempen yang dilancarkan Malaysia Airports itu mula dilaksanakan sejak Februari 2018.

Peningkatan kedudukan dari tempat ke-17 kepada sembilan yang dicatat baru-baru ini turut disumbang komitmen dan usaha berterusan pasukan di KUL bagi meningkatkan tahap perkhidmatan, keselamatan dan pengalaman lapangan terbang lebih baik.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, 30 penambahbaikan telah dilaksanakan di KLIA dan KLIA2 sepanjang tahun ini.

Mengulas usaha Malaysia Airports dalam mendepani situasi COVID-19, pihaknya telah mewujudkan Bahagian Kecemerlangan Operasi yang berpusatkan pelanggan bagi tujuan inovasi dan penambahbaikan.

Berdasarkan tinjauan terkini Airport Service Quality (ASQ), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disenarai 10 terbaik di dunia.