Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

NCER dijangka tarik pelaburan RM300 bilion

  • Published in Ekonomi

PULAU PANGKOR, 15 September - Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menjangkakan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menerusi Pelan Pembangunan Strategik (SDP) (2021-2025) akan membawa masuk pelaburan bernilai RM300 bilion menjelang tahun 2025.


Bagaimanapun sasaran berkenaan telah dianjak selama dua tahun lagi disebabkan penularan pandemik COVID-19.

Pembentangan SDP tersebut dibuat ketika Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ke-23 (PB23) NCIA, dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pulau Pangkor, Perak.

Ia diadakan selari dengan agenda pemulihan ekonomi kerajaan menerusi NCER untuk terus menangani impak pandemik COVID-19 kepada keperluan sosiso ekonomi rakyat.

Pada masa sama, NCIA juga telah mencapai pelaburan terkumpul berjumlah RM115.9 bilion sehingga Julai lalu, dan mewujudkan 140,000 peluang pekerjaan.

Selain itu, lebih 160,000 peluang pekerjaan baharu dan 42,000 usahawan diwujudkan dengan pelaburan terkumpul berkembang kepada RM146.5 bilion.

Mesyuarat PB23 ini juga merupakan yang pertama kali diadakan di luar Putrajaya.