Thursday, 24 September 2020

updated 1:11 PM UTC, Sep 24, 2020

Melaka terpilih lokasi pertama luar ibu negara Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC)

  • Published in Ekonomi

Melaka, 14 September - Melaka terpilih sebagai lokasi pertama luar ibu negara sebagai lokasi Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC).

Mesyuarat EAC pagi ini dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato' Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

EAC bertujuan mengenal pasti isu semasa ekonomi dan memperakukan tindakan bagi memastikan ekonomi kekal mampan selain mengurangkan impak ketidaktentuan ekonomi global.

Perdana Menteri juga akan mengadakan lawatan ke Bazar Rakyat dan kilang Infineeon di Batu Berendam sebelum berlepas pulang ke ibu negara.