Thursday, 24 September 2020

updated 1:11 PM UTC, Sep 24, 2020

Permintaan meningkat : My Jet Express akan teroka perkhidmatan kargo ke China dan Indochina

  • Published in Ekonomi

Sepang, 14 September - Produk tempatan negara mendapat permintaan tinggi khususnya dari China dan Indochina.

Namun, tidak banyak syarikat penyedia perkhidmatan penghantaran kargo mampu menampung permintaan eksport ke negara berkenaan.

Justeru, syarikat penghantaran kargo bumiputera, My Jet Express akan meneroka pasaran berkenaan hujung tahun ini dengan pelaburan berjumlah RM40 juta.

Syarikat itu mempunyai dua kapal terbang dan kini sedang menunggu ketibaan pesawat baharu Oktober ini, bagi menampung tambahan operasi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Hisham Abdul Wahab berkata syarikat tersebut menerima tempahan yang luar biasa bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Beliau melancarkan Upacara Perasmian Penerbangan di KLIA Cargo Village di Sepang.

My Jet Express kini menawarkan perkhidmatan penghantaran kargo seberat lima hingga 10 tan bagi satu destinasi ke Kota Kinabalu dan Kuching, Sarawak.