Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Hari terbuka Bank Rakyat di 17 cawangan, pelanggan boleh bincang lanjut moratorium

  • Published in Ekonomi

LANGKAWI, 12 September - Pelanggan Bank Rakyat boleh memohon untuk melanjutkan tempoh moratorium pinjaman yang akan tamat pada 30 September ini menerusi penganjuran hari terbuka di 17 cawangan seluruh negara, bermula hari ini.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed pelanggan boleh berbincang dan pihak bank akan cuba membantu mereka yang benar-benar terjejas.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Langkawi.

Antara cawangan terlibat ialah Johor Bahru, Johor, Jalan Hang Tuah, Melaka, Seremban, Negeri Sembilan, Presint 8, Putrajaya, Seksyen 14, Shah Alam, Sungai Buloh, Selangor dan Jalan Tangsi serta Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Hari terbuka di cawangan terlibat akan diadakan bermula 10 pagi hingga 3 petang.