Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Prestasi ekonomi kian pulih, pengucupan KDNK mengecil

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 9 September - Timbalan Menteri Kewangan ll, Mohd Shahar Abdullah memberitahu sidang dewan, indikator awal ekonomi bagi Julai lepas, menunjukkan prestasi ekonomi berada dalam fasa pemulihan lebih baik.

Mengulas lanjut pertanyaan Senator Datuk Husain Awang beliau menjelaskan, berikutan unjuran separuh kedua 2020 yang lebih baik Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan pertumbuhan ekonomi negara antara negatif 5.5% hingga negatif 3.5%.

Manakala bagi tahun 2021 ekonomi negara diunjur berkembang 5.5% hingga 8%.