Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Langkah fiskal dan monitori berjaya bantu pulihkan ekonomi negara

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 September - Dewan juga dimaklumkan, langkah fiskal dan monitori yang dilaksanakan berjaya membantu memulihkan ekonomi negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, buktinya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat penguncupan lebih rendah iaitu negatif 3.2% berbanding 19.5% pada Mei dan 28.6% pada April lalu.

Indikator ekonomi terpilih juga mula menunjukkan penambahbaikan pada Jun dan Julai tahun ini.

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan Senator Alan Ling Sie Kiong.

Tambah Tengku Datuk Seri Zafrul, kadar pengangguran dalam negara turut turun daripada 5.3% pada Mei kepada 4.9% bulan seterusnya.

Eksport pula meningkat 3.1% tahun ke tahun bernilai RM92.5 billion

Berdasarkan bulan ke bulan, ia mencatatkan pertumbuhan dua digit iaiatu 11.7% daripada RM82.8 billion pada Jun.