Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Kerugian PETRONAS tidak jejas pembangunan negara

  • Published in Ekonomi

KUALA TERENGGANU, 6 September - Kerugian RM21 bilion yang dicatat PETRONAS pada suku kedua berakhir 30 Jun 2020, tidak akan beri impak kepada pembangunan negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan tetap akan meneruskan perbelanjaan terutama untuk pembangunan.

Pergantungan kepada Petronas sebagai sumber perolehan untuk pembangunan negara juga kurang daripada 20%.

Beliau berkata tindakan kerajaan persekutuan itu bukti komitmen untuk terus melakukan perbelanjaan penting bagi membantu rakyat dan perniagaan.

Malah jangkaan hasil kerajaan masih dalam lingkungan yang diunjurkan berikutan harga minyak berlegar di sekitar 40 dollar Amerika setong.

Beliau berkata demikian pada kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Kuala Terengganu.