Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Peruntukan tambahan untuk TEKUN Nasional bantu usahawan mkiro terjejas COVID-19

  • Published in Ekonomi

KOTA BHARU, 5 September - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berhasrat memohon peruntukan tambahan untuk TEKUN Nasional menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu usahawan mikro yang terjejas akibat COVID-19.

Keperluan itu kata, Timbalan Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bagi membolehkan lebih ramai usahawan dibawah agensi berkenaan memperoleh manfaat daripada peruntukkan disediakan.

Sebelum ini, TEKUN Nasional telah diperuntukkan RM100 juta dibawah PENJANA dan mendapat sambutan menggalakkan sejak permohonan dibuka Julai lepas.

Beliau terdahulu, melawat Pasar Tani Pelancongan di Pengkalan Datu, Kota Bharu, Kelantan.

Mengulas mengenai lawatan di Pasar Tani Pelancongan ini, Datuk Mas Ermieyati mencadangkan untuk peniaga menubuhkan koperasi bagi memudahkan mereka mendapat geran bantuan.