Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Walau situasi mencabar, tiada pemberhentian kerja - PETRONAS

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR, 4 September- 
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata, tiada pemberhentian kerja dilaksanakan PETRONAS meskipun sedang berdepan situasi mencabar tahun ini.

Pihaknya akan menilai semua pilihan yang ada bagi menyokong daya ketahananya.

"Saya percaya aset paling harga syarikat ini adalah pekerja, kami tidak akan membuat keputusan ini dengan lewa."

"Pihak pengurusan dan Ahli Lembaga Pengarah akan melaksanakan tanggungjawab terhadap situasi semasa, termasuk berkenaan perihal pengurangan atau pemberhentian pekerja."

Beliau menyatakan demikian pada Sidang Media Prestasi Kewangan Separuh Sertama 2020 PETRONAS.

Menyentuh mengenai pembayaran dividen kepada pemegang saham, beliau berkata ia akan dibuat mengikut kemampuan kewangan badan korporat berkenaan.

Ia juga akan disandarkan kepada pencapaian syarikat itu dalam tempoh satu tahun.