Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Pendapatan PETRONAS susut bagi separuh Pertama 2020

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR, 4 September- 
Ketidaktentuan dalam industri minyak dan gas berikutan pandemik COVID-19, telah memberi kesan kepada prestasi kewangan separuh pertama 2020 Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Bagi enam bulan pertama tahun ini, syarikat minyak dan gas negara itu merekodkan pendapatan berjumlah RM93.6 bilion, susut 23 peratus daripada RM121.1 bilion tempoh sama tahun lalu.

Susulan pendapatan dan rosot nilai yang lebih rendah, kumpulan itu mencatat kerugian selepas cukai berjumlah RM16.5 bilion, berbanding keuntungan selepas cukai sebanyak RM28.9 bilion tempoh sama tahun sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata, PETRONAS komited untuk mengukuhkan daya tahan syarikat menerusi strategi pertumbuhan serampang tiga mata.

"Dalam menyusun semula kepelbagaian portflio kami, skop perlaksanaanya perlu fokus terhadap keseluruhan kumpulan yang terlibat dengan portfolio-portfolio penting.

"Ia untuk menyeimbangkan antara kemapanan dan pulangan tinggi kepada syarikat."

"Ini bererti kami akan menilai semula pendapatan dan keuntungan secara keseluruhan."

Beliau ditemui pada Sidang Media Prestasi Kewangan Separuh Sertama 2020 PETRONAS.

Pada tempoh sama, syarikat minyak dan gas itu mampu mengekalkan aliran tunai operasi yang positif pada RM26.3 bilion disebalik prestasi yang lemah.

Jumlah aset susut kepada RM613 bilion pada 30 Jun 2020 berbanding RM622.4 bilion pada 31 Disember 2019.