Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

EKUINAS umum pengagihan keuntungan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 September - Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) mengumumkan pengagihan keuntungan RM120 juta kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB).

Ia sebagai manfaat kepada pemegang unit Bumiputera dalam dana amanah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Majlis penyerahan diadakan secara ringkas sambil disaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir, berkata pengagihan jumlah itu merupakan sebahagian daripada keuntungan bersih Ekuinas setelah penutupan Ekuinas Direct (Tranche I) Fund.

Jelas beliau, ia menjadikan jumlah pengagihan kepada PNB sebanyak RM320 juta selepas RM200 juta diserahkan pada tahun 2014.

Tambah Syed Yasir, prestasi Ekuinas sehingga kini telah membuktikan model ekuiti persendirian memainkan peranan positif dalam menjana pertumbuhan ekonomi.

PNB dikenal pasti sebagai institusi sesuai untuk menguruskan pengagihan berkenaan, kerana ia mempunyai platform terbaik menerusi rangkaian pemegang unit amanah bumiputeranya yang luas.