Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Lanjutan Moratorium: Golongan sasar digesa segera berurusan dengan bank

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 6 Ogos - Kementerian Kewangan menggesa peminjam-peminjam yang terlibat dalam lanjutan moratorium secara bersasar agar segera berurusan dengan bank masing-masing mulai Jumaat ini.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah ia bagi mengelakkan kesesakan dan sebarang kesukaran berurusan di saat akhir, memandangkan langkah itu bukan lagi secara automatik.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Ekonomi Malaysia PERKEM ke-15 dan Siri Webinar LEGASI-PERKEM di Putrajaya.

Di bawah inisiatif PRIHATIN, PRIHATIN KHAS PKS dan PENJANA sehingga 24 Julai lalu, lebih 7.7 juta peminjam individu atau 93% daripada kesemua peminjam telah mendapat manfaat daripada moratorium bayaran pinjaman bernilai RM62.8 bilion.

Dalam tempoh yang sama, sejumlah 243,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau 95% daripada keseluruhan peminjam PKS telah menerima manfaat daripada moratorium ini dengan nilai RM20.7 bilion.