Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Manfaatkan sektor perniagaan dan individu terjejas COVID-19

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 5 Ogos - Nilai moratorium dianggarkan berjumlah RM62.8 bilion, sejak ia berkuatkuasa pada 1 April lalu.

Jelas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tenku Abdul Aziz RM21.9 bilion dimanfaatkan sektor perniagaan, manakala RM40.8 bilion telah memberi manfaat kepada rakyat.

Institusi perbankan juga sedia memberi komitmen bagi membantu individu dan PKS yang memerlukan bantuan.

Bantuan diharap mampu meringankan beban individu terkesan untuk keluar daripada krisis kewangan, menyokong perniagaan yang terjejas dan melonjakkan semula ekonomi negara.

Tengku Datuk Seri Zafrul mengumumkan perkembangan laporan Laksana Ke-15 menerusi Facebook rasmi beliau.