Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Belanjawan 2021: Tumpu usaha rancakkan semula ekonomi

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 5 Ogos - Kementerian Kewangan menumpukan usaha mengenalpasti masalah dari peringkat akar umbi, dalam mengenalpasti langkah penyelesaian terbaik.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini akan memudahkan pihaknya mengkaji kesesuaian setiap cadangan yang diberikan.

Beliau berkata Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November ini menumpukan usaha merancakkan semula ekonomi selain memulihkan keyakinan pelabur dan pengguna.

Ia berlandaskan 4 tema utama iaitu menjaga kebajikan rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi, melestarikan kehidupan dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.