Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Usahawan PKS perlu pelbagai jenis operasi perniagaan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Agenda transformasi digital perlu diteruskan untuk meningkatkan perniagaan dan ketahanan operasi syarikat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berpendapat, usahawan PKS perlu mempelbagai jenis operasi perniagaan terutama berdepan situasi mencabar pandemik COVID-19.

Beliau menyatakannya pada sidang media Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana 2019 di ibu negara.

Sehingga 19 Julai lalu, lebih 5,000 syarikat berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ditutup kesan daripada wabak berkenaan.

Bagaimanapun hampir 83,000 syarikat yang memulakan perniagaan baharu, didaftarkan dalam tempoh sama.