Friday, 7 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

MEDAC sedia tawar bantuan galak usahawan berteknologi

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 23 Julai - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bersedia menawarkan sokongan dan fasiliti kepada perusahaan berteraskan teknologi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia selaras dengan perkembangan ekonomi semasa, yang memerlukan usahawan mengadaptasi teknologi dan inovasi terkini dalam perniagaan mereka.

Pihaknya juga memperkenal pelbagai program bagi memerkasa keupayaan dan kapasiti usahawan dalam penggunaan teknologi terkini.

Pada 2018, ekonomi digital menyumbang 18.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan pendapatan bernilai RM267 billion.

Beliau menyatakan demikian menerusi video di laman Facebook rasminya.