Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Dakwaan syarikat sarung tangan getah Malaysia guna buruh paksaan tidak berasas

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 21 Julai - Kebanyakan tuduhan yang dibuat dalam laporan mengenai pengharaman import sarung tangan getah Malaysia oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini adalah tidak berasas.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menegaskan, perkara tersebut dikenal pasti selepas beliau mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja membuat siasatan terperinci mengenai dakwaan tersebut.

Beliau menyatakannya selepas mengadakan perjumpaan bersama syarikat-syarikat pengeluar sarung tangan getah di Putrajaya.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini melaporkan pihak berkuasa Amerika Syarikat mengharamkan import sarung tangan getah yang dikeluarkan oleh WRP Asia Pacific Sdn Bhd, sebuah syarikat dari Malaysia, yang didakwa menggunakan buruh paksa.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Seri M. Saravanan berkata keutamaan akan diberikan kepada warga tempatan untuk mengisi peluang pekerjaan dalam industri pengeluaran sarung tangan getah di negara ini.