Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Pekej rangsangan dan pemulihan tidak membebankan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 21 Julai - Pakej Rangsangan dan Pemulihan Ekonomi iaitu PRIHATIN, PRIHATIN TAMBAHAN dan PENJANA, yang bersifat sekali bayar tidak membebankan kewangan kerajaan, sama ada dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Keseluruhan pakej berjumlah RM295 billion itu, hanya melibatkan suntikan langsung fiskal berjumlah RM45 bilion.

Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz langkah tersebut merupakan strategi kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal negara dalam jangka masa sederhana secara berperingkat.

Seterusnya, memastikan kedudukan fiskal dan hutang negara terus terkawal.

Beliau menjawab pertanyaan ahli parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Mengulas lanjut, defisit fiskal tahun ini dijangka meningkat sekitar 5.8 peratus hingga 6.0 peratus berbanding
3.2 peratus daripada KDNK yang diunjurkan sebelum ini.