Friday, 7 August 2020

updated 12:26 AM UTC, Aug 7, 2020

Bantu usahawan: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi laksana pelan strategik

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 20 Julai - Bagi membantu usahawan mendepani impak penularan COVID-19, pelbagai pelan strategik telah dilaksana Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Menerusi skim pembiayaan kewangan kepada kumpulan sasar, Menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, memaklumkan, bantuan diselaras semua agensi dibawah kementerian.

Jelasnya, kepada Ahli Yang Berhormat, Bank Rakyat turut menyediakan pembiayaan tambahan berjumlah RM300 juta menerusi program BR Care.

Sehingga Jumaat lepas, 1,112 permohonan berjumlah RM84.59 juta telah diluluskan.

Selain pembiayaan kewangan, kementerian turut menyediakan rebat cukai, bimbingan proses pemulihan perniagaan serta program peningkatan kemahiran.

Jawapan merujuk persoalan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.