Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Majlis Kemakmuran Bumiputera akan diwujudkan

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 15 Julai - Kerajaan akan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi dalam usaha memperkasakan pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera.

Ia akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam kenyataan medianya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) .

Kewujudan MKB adalah sebahagian daripada kerangka intervensi strategik untuk memandu dan mempercepatkan pemerkasaaan ekonomi bumiputera melalui usaha peningkatan kapasiti serta keupayaan merentas pelbagai program.

Ia selaras Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030) yang mendukung tiga objektif utama termasuk pembangunan untuk semua serta menangani jurang kekayaan dan pendapatan.

Mesyuarat juga bersetuju memperkukuh peranan unit agenda bumiputera (TERAJU) dalam dua aspek utama.

Antaranya, menjadi badan koordinasi di peringkat tertinggi dengan menwujudkan rangkaian bersepadu bagi memantau pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan sosio-ekonomi bumiputera.