Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Westport Malaysia laksana sistem pengesahan kontena jarak jauh

  • Published in Ekonomi

PELABUHAN KLANG, 12 Julai - Westport Malaysia melaksanakan sistem pengesahan kontena jarak jauh atau sistem RPS.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, RPS merupakan satu kemudahan teknologi yang dibangunkan oleh Westports dan pelabuhan yang pertama di dunia menggunakan pengoperasian teknologi insfrastruktur tanpa wayar atau ‘wireless’.

Ia merupakan sebahagian usaha Wesport Malaysia ke arah automasi dan pendigitalan tanpa mengurangkan kecekapan dan produktiviti.

Beliau berkata demikian pada sesi lawatannya di Pelabuhan Klang, Selangor.

Melalui sistem berkenaan, tempoh pemeriksaan kontena hanya memerlukan tempoh 30 saat, berbanding 3 minit sebelum ini.

Malah, petugas mempunyai kebebasan mengendalikan RPS dari mana-mana lokasi dalam kawasan terminal itu.