Friday, 14 August 2020

updated 1:11 PM UTC, Aug 14, 2020

LPK perkenal insentif kewangan bernilai RM17.23 juta

  • Published in Ekonomi


KLANG, 10 Julai- 
Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) telah meluluskan pakej insentif kewangan berjumlah lebih RM17.2 juta, bagi membantu meringankan beban kewangan pemain logistik dan perkapalan.

Jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, ia diputuskan jemaah LPK, memandangkan ramai pemain sektor itu, terkesan akibat pandemik COVID-19.

Inisiatif baharu turut diperkenal bagi mempergiat aktiviti di kawasan pelabuhan berkenaan.

LPK memutuskan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan penyimpanan percuma di terminal, kepada pengimport dan pengeksport.

Selain itu, operator terminal juga akan membangunkan sistem digitalisasi bersepadu dan meningkatkan kapasiti infrastruktur khas kepada pelanggannya.