Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Skim Tekun Mobilepreneur 2.0 sedia pembiayaan hingga RM10,000

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 Julai - Seramai 500 pekerja penghantaran atau ‘rider’ e-Panggilan disasar memohon Skim Tekun Mobilepreneur 2.0 menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM10,000.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, fokus inisiatif TEKUN Nasional itu meliputi mereka yang hilang pekerjaan akibat COVID-19 untuk menjadi pekerja sektor Ekonomi Gig atau penghantar makanan, barangan dan keperluan harian berdaftar.

Setakat ini seramai 48 pemohon telah mendaftar skim berkenaan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, lima daripadanya telah diluluskan.

Beliau menyatakannya selepas majlis pelancaran Tekun Mobilepreneur 2.0 di Menara Bank Rakyat, di ibu negara.

Ini kali kedua skim seumpamanya ditawarkan selepas ‘Skim Tekun Mobileprenuer 1.0’ pada awal April lalu, menyaksikan 215 permohonan diluluskan dengan jumlah pembiayaan melebih RM400,000.