Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Sino Hua-AN peringkat akhir pembelian semua saham milikan HKAB di China

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 5 Julai - Pemulihan ekonomi bagi syarikat di Malaysia menunjukkan perkembangan positif dengan pelbagai bantuan kerajaan sekali gus memudah cara perniagaan di negara ini.

Terbaharu, Syarikat Tempatan Sino Hua-An International Berhad (Hua-An) kini dalam usaha akhir bagi pembelian 100 peratus saham HK Aerospace Beidou New Energy Industry Technology Co Ltd, (HKAB).

Menerusi satu kenyataan media, Hua-An yang di Pengerusikan Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar akan menjadi syarikat Malaysia pertama menyertai pasaran "kapasitor super" dengan nilai pasaran sekitar USD300 juta (RM1.29 bilion) setahun selepas pembelian itu.

Pembelian HKAB yang memiliki 28 harta intelek dan hak pemasaran global untuk pembangunan kapasitor super akan membolehkan Syarikat Malaysia tersebut mempunyai paten yang lengkap dalam "rutenium" teknologi kapasitor ultra.

Pembelian saham itu juga membolehkan syarikat senarai Bursa Saham Malaysia itu memperoleh kilang pembuatan kapasitor ultra rutenium pertama di dunia dengan keluasan seluas 8.25 ekar di Taman perindustrian Hi-tech Guangxi, China.

Pasaran global kapasitor super telah berkembang pesat dengan nilai sebanyak USD1.01 bilion pada 2018 dan dijangka mencecah USD4.09 bilion menjelang 2025.