Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Bank Islam sedia bantu pelanggan selepas tamat moratorium

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 5 Julai - Bank Islam menyarankan pelanggan yang masih berdepan masalah akibat COVID-19, menghubungi pihak bank bagi mengatur penyelesaian terbaik sebelum tempoh moratorium enam bulan dijadualkan tamat pada 30 September ini.

Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam menyebut, menyedari masalah dihadapi pelanggan, pihak bank telah menyediakan pelbagai penyelesaian.

Pihak bank secara proaktif menggunakan segala pilihan yang ada bagi membantu pelanggan termasuk untuk perniagaan kecil dan runcit susulan ketidaktentuan itu.

Seramai 394,000 pelanggan telah dibantu sepanjang enam bulan pelaksanaan moratorium, bermula April lalu.

Mengakui cabaran ekonomi semasa, Bank Islam telah merangka Pelan Strategik bagi memastikan keperluan kewangan pelanggan diberi keutamaan selain mencari jalan keluar terbaik menerusi perbincangan bersama pihak bank.

Pelanggan boleh hadir ke cawangan Bank Islam terdekat atau menghubungi pusat panggilan di talian 03-2690 0900.