Thursday, 13 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Penyelarasan SOP penting bagi pemain industri pelbagai sektor

  • Published in Ekonomi

 

JOHOR BAHRU, 5 Julai - Penyelarasan Prosedur Operasi Standard (SOP) kerajaan persekutuan dan negeri penting bagi pemain industri pelbagai sektor.

Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu perlu bagi memperkukuh peranan sektor swasta sekali gus menangani isu ekonomi.

Datuk Seri Azmin berkata, sebarang dasar dan inisiatif perlu dirunding agar pemain industri bersedia dengan pendekatan baharu.

Dalam lawatannya di kawasan perindustrian di Taman Teknologi Nusa Jaya, Johor Bahru, beliau memaklumkan, pemain industri sektor perniagaan meminta supaya penyelarasan lebih bersepadu dilakukan dalam pelaksanaan dasar terutama membabitkan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).