Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Perlanjutan moratorium antara pilihan yang dipertimbangkan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 5 Julai - Tempoh moratorium yang bakal berakhir September ini BOLEH dilanjutkan terutamanya kepada golongan yang paling terkesan.

Menurut penganalisis ekonomi, Dr Nuradli Ridwan Shah Mohd Dali, ia antara pilihan yang boleh dipertimbangkan bagi meringankan beban peminjam dan pada masa sama tidak menjejaskan aliran tunai institusi perbankan.

Pada masa sama, dengan lebihan tunai di tangan ketika ini, beliau turut menggalakkan peminjam untuk menyusun dan mengurus perbelanjaan sebelum tempoh moratorium tamat.

Jelas beliau, sekiranya tempoh berkenaan dilanjutkan, ia juga akan memberi cabaran kepada bank terutamanya dalam mengurus aset dan liabiliti mereka.

Beliau berkata demikian di Angkasapuri.