Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Rakyat boleh main peranan rancakkan ekonomi, pelancongan domestik dan tingkat perbelanjaan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 4 Julai - Rakyat disaran terus berbelanja dan bercuti dalam usaha merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara menerusi aktiviti perniagaan dan pelancongan tempatan.

Ekonomi negara yang memasuki fasa pemulihan memerlukan penyertaan meluas rakyat selari dengan kebenaran sektor perniagaan dan pelancongan beroperasi semula.

Di pihak kerajaan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah diperkenalkan untuk memastikan rakyat dibantu dan sektor ekonomi terus berkembang.

Rakyat boleh memainkan peranan dengan merancakkan semula aktiviti bagi menjayakan usaha pemulihan ekonomi.