Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

307,518 permohonan program subsidi upah diluluskan, melibatkan peruntukan berjumlah RM7.07 BILION

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 4 Julai - 307,518 permohonan Program Subsidi Upah (PSU) telah diluluskan kerajaan, melibatkan peruntukan berjumlah RM7.07 billion setakat 26 Jun lalu. 

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, jumlah itu memberi manfaat kepada 2.46 juta majikan dan pekerja yang terkesan akibat COVID-19.

Sehingga kini, 97 peratus majikan sudah menerima bayaran PSU, manakala selebihnya masih dalam proses penerimaan berikutan masalah teknikal

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sedang berusaha menangani isu tersebut, dengan menubuhkan satu Pasukan Tindakan Khas, bagi menghubungi majikan yang masih belum menerima pembayaran PSU masing-masing.