Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

RMK-12 dijangka dibentang awal tahun depan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Julai - Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada awal tahun hadapan meski tarikh tetap pembentangan belum diputuskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira impak pandemik COVID-19 kepada ekonomi negara.

Terdahulu, beliau melancarkan aplikasi pembiayaan dan pembayaran digital serta e-dompet "MyPay" di ibu negara.

Sebelum ini, Datuk Seri Mustapa dalam satu temu bual bersama Bank Dunia menyatakan, kerajaan terpaksa menangguhkan pembentangan RMK-12 sepatutnya dijadualkan Ogos ini, meski rancangan pembangunan itu sudah di peringkat akhir dan hampir siap.

Berhubung Belanjawan 2020, 40 peratus daripada RM60 bilion peruntukan perbelanjaan pembangunan telah dibelanjakan setakat ini, bertujuan menjana pertumbuhan ekonomi negara.