Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Kerjasama TM,HUAWEI tingkat teknologi digital pembangunan ekonomi

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 3 Julai - Pandemik COVID-19 membawa perubahan baharu dalam segenap aspek kehidupan termasuk betapa pentingnya transformasi digital.

Dalam situasi ekonomi yang mencabar berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kepentingan mengadaptasi teknologi digital antara fokus utama untuk pembangunan semula ekonomi.

Hari ini, pemeteraian kerjasama komersial antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Huawei Technologies (M) Sdn Bhd. merealisasikan usaha itu, yang juga hasil hubungan dua hala yang kuat antara Malaysia dan China.

Perkara tersebut dijelaskan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika berucap di Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara dua Syarikat terbabit untuk mempertingkatkan keupayaan TM One Cloud di ibu negara.

Perjanjian yang ditandatangani akan mempertingkatkan sepenuhnya keupayaan TM ONE Cloud A atau Cloud Alpha.

Tambah beliau, berdasarkan situasi ekonomi ketika ini,penting bagi Malaysia untuk mempercepatkan digitalisasi untuk pemulihan ekonomi.

Kerjasama ini membolehkan perkongsian teknologi dan kepakaran, selain mempercepatkan perkhidmatan dan penyelesaian digital kepada negara seterusnya menyokong aspirasi ekonomi digital Kerajaan.