Logo

Tawaran diskaun lebih 50%, pembelian tiket lokasi pelancongan menerusi "Dream First Travel Later"

BANDAR HILIR, 5 Jun - Pemberian diskaun melebihi 50 peratus untuk produk pelancongan di Melaka seperti Menara Taming Sari dan Melaka River Cruise antara inisiatif merancakkan kembali industri pelancongan di negeri itu.

Jelas Exco Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis, tawaran itu menggunakan konsep "Dream First Travel Later" sehingga 31 Disember ini selain turut menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan barangan makanan dan keperluan asas kepada 360 pengayuh beca di Banda Hilir.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.