Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Usahawan terjejas COVID-19 disaran ceburi bidang baharu

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Usahawan terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi berikutan pandemik COVID-19 disaran menceburi bidang baharu atau beralih kepada sektor lebih berpotensi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, sektor agromakanan adalah salah satu bidang menawarkan peluang besar memandangkan kebergantungan negara terhadap sumber makanan import adalah tinggi.

Penyertaan lebih ramai usahawan dalam sektor agromakanan secara tidak langsung meningkatkan akses dan dapat memenuhi permintaan bekalan makanan domestik.

Bagi memastikan proses peralihan perniagaan berjalan lancar, kerajaan boleh memainkan peranan sebagai pemudahcara.

Antaranya, mewujudkan kerjasama antara agensi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang, FAMA dan MARDI bagi membimbing usahawan berminat.