Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Kerajaan rangka transformasi industri mineral negara

  • Published in Ekonomi

IPOH, 29 Mei - Beberapa transformasi pembangunan industri perlombongan mineral sedang dirangka supaya memberi impak lebih tinggi terhadap pendapatan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, usaha itu termasuk mengaktifkan konsep industri hiliran berasaskan mineral.

Selain menguntungkan negara dari segi lebihan eksport ke luar negara, konsep ini turut mewujudkan peluang pekerjaan khususnya kepada pekerja tempatan.

Beliau menjelaskannya semasa sesi lawatan kerja di Kompleks Jabatan Mineral dan Galian di Ipoh.