Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Kedah sedia percepat enam projek ikonik

  • Published in Ekonomi

 

ALOR SETAR , 27 Mei - Kedah bersedia mempercepatkan enam projek ikonik yang telah dirancang bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negeri ke tahap lebih baik .

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan negeri tidak mempunyai halangan untuk meneruskan kesemua projek yang dirancang kerajaan terdahulu.

Bagaimanapun, beberapa penambaikan akan dilakukan selari dengan keadaan semasa.

Beliau pada masa sama, optimis pelaksanaan projek bakal memberi impak positif dalam menjadikan Kedah negeri berdaya maju.

Komitmen dinyatakan beliau di pejabat menteri besar di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Enam projek mega yang sedang dilaksanakan, masing-masing, Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim, KXP yang menelan kos RM1.6 billion menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) Bandaraya Getah di Padang Terap; Bandaraya Aero Kedah; Taman Sains dan Teknologi Kedah serta Bandaraya Sains Perubatan Kedah.

Turut dilaksanakan, pembinaan lebuh raya Koridor utara yang menghubungkan Bandar Baharu-Sungai Petani dengan jarak sejauh 70 kilometer bagi fasa 1 serta Bandar Baharu ke Jambatan SultanAbdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang bagi fasa 1 B.

Kedua-dua projek melibatkan kos mencecah RM1.7 billion.