Wednesday, May 27, 2020

updated 4:00 AM UTC, May 27, 2020

DPMM harap tambahan dana untuk bantu PKS

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR, 20 Mei - 
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berharap kerajaan dapat menambah dana bagi membantu 900,000 usahawan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara yang terjejas punca pendapatan berikutan penularan COVID-19.

Jelas Presidennya, Dr Abdul Halim Husin, tambahan tersebut perlu memandangkan Pakej Rangsangan Prihatin berjumlah RM 10 billion, hanya dapat menampung kira-kira 20,000 PKS sahaja.

Beliau turut memohon agar kerajaan melonggarkan sedikit syarat permohonan dan tanggunjawab mengurus Pakej Rangsangan Prihatin diberi kepada Permodalan Nasional Berhad.

Sebelum ini, DPMM telah melakukan sesi libat urus bersama Perdana Menteri serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi mencari jalan terbaik untuk membantu ahlinya serta usahawan melayu dalam mengharungi ekonomi tidak menentu.

Dalam perkembangan berkaitan, DPMM melancarkan Biro Aduan Pengusahaniaga COVID-19.

Ia bertujuan untuk menerima sebarang aduan daripada usahawan PKS seluruh negara.