Wednesday, May 27, 2020

updated 3:08 AM UTC, May 27, 2020

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan - KPDNHEP ulas tempoh pelaksanaannya di beberapa kawasan

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 20 Mei - 11 jenis barangan terkawal disenarai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan skim tersebut berkuatkuasa selama 15 hari bermula 20 Mei hingga 3 Jun ini sempena perayaan Aidilfitri.

Manakala bagi perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai selama 7 hari bermula 28 Mei hingga 3 Jun.

Datuk Alexander berkata, harga maksimum ditentukan bagi 11 barangan tersebut di 91 daerah di Semenanjung; 32 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu daerah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara 11 barangan terkawal berkenaan ialah ayam, telur ayam, daging lembu dan kelapa.

Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan Skim di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Datuk Alexander berkata demikian pada sidang media Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan 2020 di Putrajaya.

Hadir sama, Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid.