Wednesday, May 27, 2020

updated 2:14 AM UTC, May 27, 2020

RISDA agih RM42.7 juta dividen RTBB, TSK

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 19 Mei - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mengagihkan RM42.7 dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK).

Ia memanfaatkan 31,436 pekebun kecil di seluruh negara tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad menerusi kenyataan media menjelaskan RM12.8 juta dibayar kepada 16,080 peserta RTBB dan RM29.9 juta kepada 15,356 TSK.

Pembayaran dividen tahun ini meningkat sebanyak 3.5 peratus berbanding tahun 2018.

Ia disokong peningkatan harga buah tandan segar dalam tempoh bulan September hingga Disember 2019.

Ia diniagakan pada harga RM442 setan bagi tempoh itu pada 2019, berbanding RM365 setan pada 2018.

Pembayaran ini secara tidak langsung meningkatkan keupayaan ekonomi kepada pekebun kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan perayaan Aidilfitri nanti.