Friday, July 10, 2020

updated 4:53 AM UTC, Jul 10, 2020

420 peniaga dikompaun sepanjang PKPB

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR, 16 Mei - 
Setakat semalam, seramai 420 peniaga dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan termasuk, gagal meletakkan tanda harga.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Selain pematuhan harga, penguatkuasa KPDNHEP turut memantau pematuhan prosedur operasi standard di lebih 2,000 premis perniagaan seluruh negara, sejak Rabu lalu.

Ia termasuklah amalan pemakaian pelitup separuh muka, penyediaan cecair pembasmi kuman selain peraturan penjarakan sosial dalam kalangan peniaga dan pelanggan.