Tuesday, June 2, 2020

updated 10:28 AM UTC, Jun 2, 2020

KDNK, berkembang sederhana suku pertama tahun ini

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 13 Mei - Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sederhana pada 0.7 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding 4.5 peratus pada suku sama 2019.

Datuk Nor Shamsiah berkata, penyusutan tersebut susulan aktiviti ekonomi yang perlahan kerana pelaksanaan langkah membendung penularan COVID-19 di peringkat global dan domestik.

Sektor perkhidmatan mencatat peningkatan sederhana sebanyak 3.1 peratus, manakala sektor pembuatan sebanyak 1.5 peratus.

Sektor perlombongan, pertanian dan pembinaan pula mencatatkan pertumbuhan negatif.

Pembiayaan bersih berkembang pada kadar yang mampan pada asas tahunan sebanyak 4.7 peratus disokong pertumbuhan pinjaman terkumpul yang lebih tinggi.

Suku pertama turut menyaksikan penyusutan ringgit sebanyak 4.9 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat berikutan aliran keluar portfolio bukan pemastautin yang besar berjumlah RM26.2 bilion.

Pertumbuhan suku pertama 2020 adalah yang terendah pernah dicatatkan sejak suku ketiga 2009.