Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN diluluskan

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR, 10 Mei - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meluluskan 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN.

Kelulusan dibuat berdasarkan semakan silang dengan pangkalan data terkini daripada sepuluh agensi Kerajaan antaranya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menerusi kenyataannya, LHDN memastikan hanya individu yang benar-benar layak menerima BPN, dan semakan data dibuat dengan amat teliti.

Bagi yang mahu membuat rayuan untuk pertimbangan semula, perlu mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan.

Rayuan boleh dibuat melalui emel atau hadir di semua pejabat LHDN.