Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN lulus setelah disemak LHDN

  • Published in Ekonomi


KUALA LUMPUR, 9 Mei - 
Sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diluluskan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia melibatkan bayaran RM 1.7 bilion.

Beliau berkata kelulusan itu dibuat selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) selesai membuat semakan ke atas permohonan baharu dan rayuan ini.

Dengan kelulusan permohonan baharu dan rayuan tersebut, jumlah penerima BPN setakat ini adalah 10.6 juta orang, merangkumi jumlah bayaran RM 11 bilion.

Tengku Datuk Seri Zafrul berkata kerajaan berharap BPN akan dapat memberi manfaat kepada penerima dan meringankan beban mereka dalam tempoh yang amat mencabar ini.

BPN merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat bernilai RM 260 bilion.