Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Isu pengagihan makanan: DBKL, JKM diarah ambil tindakan segera

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 23 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil tindakan bagi memastikan pengagihan bekalan makanan di kawasan PKPD di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur diselesaikan segera.

Itu jawapan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri ketika diajukan mengenai aduan berhubung pengagihan bekalan makanan di kawasan tersebut dalam sidang media harian.

Ujarnya lagi, bagi melancarkan lagi kawalan, pihak berkuasa telah membuka pusat operasi di kawasan PKPD itu.

Katanya penduduk yang menghadapi masalah untuk membeli barang keperluan harian lain seperti susu bayi, lampin bayi dan lain-lain boleh menghubungi pusat operasi berkenaan.