Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Pindaan kompaun ingkar PKP perlu melalui Parlimen

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 17 April - Pindaan jumlah kompaun RM1,000 melibatkan kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dibuat melalui Parlimen.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, ia diletakkan di bawah peruntukan sedia ada dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit buat masa ini.

Pihak Polis mempunyai pilihan sama ada mengenakan kompaun atau membawa kes ke mahkamah dan jika dibawa ke mahkamah, hukuman penjara dan sebagainya boleh ditentukan oleh mahkamah.

Datuk Seri Ismail Sabri diminta mengulas rungutan awam, mengenai kompaun RM1,000 kerana mengingkari PKP sebagai terlalu rendah.