Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Malaysia Airlines anjur Kempen Ganjaran Satu Tahun rai pelanggan setia

  • Published in Ekonomi

KELANA JAYA - Malaysia Airlines Bhd membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 ribu untuk meraikan pelanggan setianya melalui penganjuran Kempen Ganjaran Satu Tahun.

Kempen ini merupakan komitmen berterusan syarikat penerbangan nasional itu untuk menghargai pelanggan setianya sekali gus mengukuhkan jenama Malaysia Airlines di peringkat domestik serta antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Malaysia Airlines, Lau Yin May, kempen ini merupakan platform terbaik untuk memberi galakan kepada pelanggan setianya untuk memulakan tahun baru dan mengukuhkan sokongan terhadap mereka.

Kempen ini diadakan bersempena dengan Kempen Fly Malaysia yang meraikan MAS sebagai syarikat penerbangan kebangsaan sejak 1947.

Bagi yang ingin menyertai kempen ini perlulah menempah tiket domestik bermula sekarang hingga 31 Januari tahun depan dengan nilai minimum RM301.

Tempahan tiket juga perlu dibuat dari jam 12 tengahari hingga 6 petang pada hujung minggu.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Kempen Ganjaran Satu Tahun di Kelana Jaya, Selangor.