Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Kutipan darah menurun 40 peratus

  • Published in Nasional

 

 
KUALA LUMPUR, 15 April - Kutipan darah di Pusat Darah Negara yang mengalami penurunan 40 peratus pada Mac lalu dikatakan mempunyai kaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr Noryati Abu Amin berkata, biarpun menurun, namun angka tersebut masih tidak membimbangkan dan jumlah darah di tabung darah seluruh negara adalah mencukupi.

"Pusat perkhidmatan menderma darah masih beroperasi sepanjang tempoh PKP, kerana aktiviti ini merupakan antara perkhidmatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi perawatan pesakit.

"Bagi bakal penderma, terdapat beberapa mekanisma disediakan bagi memudahkan pergerakan ke pusat darah dalam tempoh ini seperti mendapatkan borang derma darah secara dalam talian untuk makluman pihak berkuasa yang mereka dibenarkan menderma darah," jelasnya.

Bagi tujuan tersebut, Norhayati mengajak orang ramai terutama bakal penderma darah supaya mendapatkan maklumat terkini di laman Facebook serta laman web rasmi Pusat Darah Negara.