Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

GLC,GLIC disaran terus bersaing pacu ekonomi negara

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Syarikat GLC dan GLIC perlu terus bersaing dengan syarikat swasta lain di peringkat yang setara, bersesuaian dengan kedudukan mereka.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz berkata ini akan merancakkan sektor swasta sekaligus membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Tambahnya lagi, syarikat korporat perlu terlibat dalam usaha membangunkan negara selain menjana keuntungan.

Beliau ditemui pemberita pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 di ibu negara.

Dalam sesi makan tengahari, Tan Sri Dr Zeti turut berkongsi perkembangan terkini pembinaan bangunan ikonik Merdeka 118.

Menara setinggi 118 tingkat itu kini telah 42 peratus siap dan pembinaannya dijangka selesai pada 2021.