Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Bumbung pasar raya runtuh

  • Published in Berita Semasa


ALOR SETAR, 12 April - 
Bumbung sebuah pasaraya di Kompleks Sentosa Alor Setar, Kedah, runtuh selepas ditiup angin kuat.

Insiden menyebabkan terdapat kepingan kaca tersangkut di celahan bangunan terbabit.

Menerusi kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah memaklumkan pihaknya bertindak mengeluarkan kepingan kaca yang tersangkut di bumbung agar tiada unsur berbahaya.

Bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan pada pukul 1.27 petang dan ke lokasi dengan kekuatan pegawai dan anggota dibantu Pasukan Bomba Sukarela seberang nyonya, Alor Setar.